Kami Hairan Lihat Rakyat Malaysia Tidak Hairan

WHO memberikan signal Novel Corona Virus ini adalah Pendamik

Sajalah sembang-sembang. Saya juga mengikuti perkembangan Novel Corona Virus secara terperinci semenjak penyakit itu tular dan membunuh ramai nyawa di Wuhan China.

Wabak Covid 19 mengingatkan wabak Nipah Virus ladang babi di Port Dickson, Perak, Selangor dan sebahagian di Melaka juga dan akhirnya perladangan ditutup dibeberapa kawasan. Antara tahu. 1998-1999 juga melibatkan ladang babi di Singapura.

Ianya akibat ancaman penyakit Virus Nipah yang berjangkit melalui kelawar ke babi dan juga antara manusia kepada manusia agak serius di India dan Bangladesh sekitar tahun 2009 ini.

Walaupun tidak seteruk Covid 19, ia tetap membimbangkan apabila melibatkan masalah kepada aspek Kesihatan Awam Veterinar.

Ada sesiapa yang ingat lagi atau lupa dah? Virus Nipah adalah Endamik yang banyak berlaku di kawasan negara Asia Pasifik sahaja.

Nipah Virus merupakan virus pertama yang terbayang difikiran saya, Wabak zoonotik menyebabkan beberapa orang maut berlaku tahun 1999 di Malaysia.

Selain itu Japenis Enceplitis JE juga antara species yang dikenangkan bagaimana sains mengajar kita bagaimana mengenalpasti virus dan langkah menyelamatkan nyawa manusia. Tetapi tidaklah sehebat wabak Covid 19 sedunia terkena iaitu Pendamik.

Apabila mengimbau kenangan ketika berkhidmat dahulu. Sama jugalah kita perlu elak jangkitan kepada manusia dengan buat sekatan jalan raya, kawalan keluar masuk kawasan wabak dan sekat pergerakan penduduk antara negeri.

Polis juga telah membantu kita mengawal agar nyawa rakyat Malaysia tidak dipersia-siakan.

Kembali perihal Covid 19; cerita lain yang kita dengar juga di Wuhan yang menyatakan tentang mutasi virus dari satu species semacam kelawar kepada hidupan liar yang lain bilamana ahli virologi China membuat teori awal yang belum ada pembuktian lagi. Ini kerana mangsa yang mati ialah dari pasar di Wuhan.

Kami yang sedikit memahami tentang epidemiologi ini sentiasa mencari maklumat sahih kerana kemungkinan virus seperti ini yang zoonotik sangat mengancam nyawa manusia.

Ketika itu saya terfikir tentang Avian Influenza pula apabila berlaku kematian dari warga Thailand pula. Apakah burung hijrah telah menjangkiti virus tersebut antara benua? Pening sememangnya pening.

Coretan ini saya buat tanpa membuat apa apa rujukan ilmiah dari mana mana sumber saintifik pun, hanya menyingkap internet sedikit, semak YouTube pula dan lihat perkembangan kepada pihak WHO tentang apakah yang telah terjadi.

Yang saya tulis ini hanyalah mengenangkan bagaimana rakyat Malaysia lebih hebat dari warga Amerika dalam bersama sama MKN dan barisan hadapan lain khususnya KKM dan PDRM dalam menghadapi situasi ini.

Kebanyakan mereka bukan berlatarbelakangkan bidang biologi, atau virologi tetapi memberikan kerjasama lebih hebat berbanding warga Amerika dan negara negara maju didunia ini.

Semacam itulah juga dengan warga Perancis, Itali dan lainnya yang dilihat seperti tidak ambil pusing dengan isu global ini lagi. Sedangkan sehingga kini angka jangkitan mencecah jutaan orang. Jangan terlalu yakin. /Bersambung.

Published by Ketentuan Nya

Peminat Sahiwal Friesian Dan Robotik Milking System

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: